Tuesday 1 November 2016

Academic Visit: Tokyo, Japan #Part2



Urusan flight tiket, transportation and accomodation sepanjang dekat sana aku dengan Zalina setelkan since kami exco logistik. Firstly, yang pasal flight tickets tu. Kami tak terfikir akan fly dengan MAS. MAS mahal kan semua orang tahu. Kami memang nak booking Air Asia. Masa tu lebih kurang sebulan jugak lah dok usha tiket. Hari hari usha untuk dapatkan harga murah. Sebab masa tu harga RM1300 for return. Mahal kot. Memang idok leeee. Dah lah tak beli luggage lagi. Kalau beli luggage nanti lagi mahal. Then lagi sebulan sebelum pergi, terbukak lah MAS punya website. Masa tu promo ! RM1000 macam tu for return. Takkan nak pandang je, grab terus lah. Dah lah siap foods and free 30kg luggage. Memang grab terus lah. Tak tunggu lagi dah. So flight kitorang pukul 10.50am from KLIA on 21st October 2016. Sampai Narita International Airport Tokyo pukul 7.00pm waktu Jepun. Lebih kurang 7jam flight. MAS punya servis tak perlu dipersoalkan lagi, makanan sedap gilos. Dalam flight asyik makan je. Puas hati okay. Korang nak tahu tak flight tiket MAS ke Jepun berapa kalau tak promo? RM2000 lebih okay. Rezeki kami alhamdulillah. Macam mimpi rasanya dapat naik flight besar. Selalu naik flight kecik je. 

Okay kitorang sampai Narita Airport lebih kurang pukul 7.00pm masa tu. Dah gelap. Dekat sana pukul 5.00pm dah gelap tau. Diorang maghrib pukul 4.00 lebih. Then imigresen semua dekat sana, lebih kurang pukul 8.30pm setel. Alief jemput kami dekat airport masa tu. Then naik train ke Akihabara sebab rumah kami dekat Akihabara. 2 rumah untuk 6 malam harga RM6000 plus plus. Kalau pergi ramai aku suggest baik duduk rumah/guest house. Jimat. RM6000 tu dah kira murah. Selesa pun selesa. Dari narita ke Akihabara lebih kurang 40minit naik train. Then lepas check in rumah, letak barang semua dalam pukul 11.00pm kot Alief bawa jalan cari makan dekat sekitar Akihabara. Dekat situ ada satu kedai kebab orang Turki, must try. Sedap gilos. Yang penting halal. Satu set hidangan range harga dari 500yen hingga 700yen. Kalau convert duit Malaysia lebih kurang RM20-RM30. Bagi aku harga tu dah cukup murah. Korang takkan jumpa kedai makan yang harga RM5 ya. Memang tak ada. Hahahhaa ini Jepun bukan Malaysia. Kedai kebab ni tepi jalan, sejuk sejuk tu makan kebab panas panas pehhh asyik. Sambil tengok gelagat orang Jepun waktu malam. Diorang mabuk mabuk tu biasa lah jangan pelik. Diorang lepas balik kerja akan lepak dulu minum minum itu memang style diorang. Mula mula sampai aku macam takut jugak, tapi lama lama tu ala dah biasa. Diorang tak kacau orang pun. Trust me, Japanese tak kisah langsung pasal hal orang lain. Kau buat lah hal kau, diorang takkan peduli. Kalau korang hilang barang ke apa jangan risau lah. Diorang bagus gila kot, diorang tak mencuri. Dekat bawah ni gambar kami masa sampai dekat Narita Airport 21 October 2016. 



Then 2nd day, pagi pagi dah bangun sebab nak rasa cuaca pagi. Ya Rabbi sejuk sangat okay. Tengok keadaan luar rumah, tengok orang Jepun pagi pagi buat apa. Semuanya pengalaman yang tak boleh lupa. Bersihnya Jepun, tong sampah susah nak jumpa tapi bersih sangat. Bersih, tiada sampah merata rata. Tiada. Then kami persiap dalam pukul 10.00am Alief bawa kami ke tempat pertama iaitu Ecolife Museum. Lebih kurang 40minit perjalanan. Naik satu train dari Akihabara, then stop dekat mana aku tak ingat. Then naik bus ke muzium ni. Betul betul tepi pantai. Dah lah sejuk, pastu tepi pantai pulak dengan angin dia amboi lagi sejuk beku kami. Sini dia tunjukkan macam mana orang Jepun kumpul sampah and convert them into solar energy that can generate electricity. I love their technologies. All tip top ! Staff sini sangat baik. Cakap je dari Malaysia, diorang layan baik punya. 

Ecolife Museum 

Then lepas Ecolife Museum, kami pergi makan tempura dekat Tendon Tenya Nippori. Wei sedap sangat. Korang kalau datang Jepun kena coba. Dia siap dengan set nasi and soup. Ada udang, ikan, sotong, labu and kacang panjang semua salut tepung. Sedapnya, rinduuu. Makan dengan nasi. Harga dari 500 yen hingga 1000 yen. Lagi banyak portion lagi mahal. Lepas makan tu Alief bawa kami ke kedai kain cotton Jepun dekat Nippori tu juga. Sini memang syorga bagi orang yang suka beli kain pasang. Aku borong kain banyak dekat kedai Tomato. Harga murah. Semeter boleh dapat RM8 kena pandai cari. Semua made in Japan. Beli lah untuk mak ke aweks ke apa ke ya. Fabrik lain pun ada, pilih je. Tapi mostly orang datang sini shopping cotton Jepun. Dekat Nippori ni kedai kain dia semua tutup pukul 6.00pm ya. So kalau sesiapa nak shopping datang lah awal awal. 

Lepas shopping kain tu kami pun balik lah ke Akihabara semula. Sampai Akihabara dalam pukul 7.00pm kot. Then kitorang jalan jalan dekat Anime Street tu. Akihabara kan syorga kedai anime. Meriah sungguh malam malam. Ramai manusia. Jumpa orang Malaysia dekat sini ramai juga. Kami jalan jalan je dulu tengok tengok barang. Sebab banyak hari lagi boleh pergi. Kami pun tinggal dekat sini je so senang lah bila bila nak pergi boleh. Then, lepas jalan jalan tu kami balik ke rumah mandi bersihkan badan semua. Berehat. Setiap malam aktiviti bebas. Sesiapa yang nak pergi jalan mana-mana pergi lah. Then malam tu dalam pukul 9.00pm aku pergi Imperial Palace Tokyo. Naik train dari Akihabara dalam 5minit. Dekat je. Sini waktu malam memang cantik. Tenang. Banyak lampu. Sesuailah nak lepak lepak tenangkan minda ecece. 

Hari ketiga kami visit ke Yumenoshima Greenhouse Tropical Dome. Ni lebih kurang macam museum juga. Tapi sini plantation. Dia gunakan tenaga haba untuk hidupkan tumbuhan. Jepun mempunyai cuaca yang sejuk, jadi sometimes tidak sesuai untuk pertumbuhan pokok. Jadi mereka buat Greenhouse Tropical Dome ni untuk gunakan generated haba kepada pokok. Staff yang sangat baik dekat sini. Mereka explain satu satu tentang semua pokok.


Yumenoshima Greenhouse Tropical Dome

Then lepas balik dari sini, Alief bawa kami ke Tokyo Disneyland and Odaiba. Tokyo Disneyland tu kalau nak masuk siapkan RM300 plus plus ya. Dekat Odaiba ni sejuk tapi memang cantik dan ramai orang. Dekat sini ada mall kami singgah solat dekat mall tu and makan sekali. Dalam mall ni takde surau or prayer room. Jadi kami yang perempuan solat dalam bilik salin pampers, yang lelaki solat dekat kaki lima mall ni je. Then kami pergi makan. Dekat dalam mall ni ada foodcourt. Try lah udon dia ahhhhhh sedapnyaaa telur cair dekat atas. Udon dekat sini harga 300-700 yen mengikut size. Ada small and big. After makan, kami jalan jalan ambil angin dekat luar. Bergambar dengan gundam ! Then dekat situ ada pemandangan ala ala Amerika Syarikat tau. Bergambar lah puas-puas !

Gundam

Odaiba night view, sangat Amerika Syarikat okayyy

Lepas dah penat layan perasaan dekat sini, kami pun berangkat pulang ke Akihabara semula. Kalau sampai Jepun memang berjalan kaki jelah ye. Sampai nak tercabut kaki. Sampai je rumah terus melepek kepenatan. Tapi jangan dilayan penat tu, lepas mandi mandi malam keluar lagi. Hahaha. Rugi lah duduk dalam je, bukan selalu dapat datang negara maju macam ni. So berjalan lah sepuas hati.



No comments:

Post a Comment