Saturday 29 October 2016

Academic Visit: Tokyo, Japan #Part1


Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim


Tamat sudah mobility program kami. Alhamdulillah, that was such a superb experience for us. From the day we proposed this idea until now, alhamdulillah that was challeging yet worthy. Nak cerita dari awal, semuanya bermula lebih kurang 7 bulan lepas dimana Dr Fatmawati which is our lecturer propose us to do something benificial untuk join 'Around The World' program yang dikelolakan oleh International Office UMP. Untuk program ni, student perlu memilih negara berserta dengan tajuk projek yang bersesuaian untuk dijalankan di negara tersebut. Yaaa, you can choose any country that you want. Then buat proposal untuk ceritakan projek apa yang kita nak buat dekat sana, bajet, gerak kerja, ahli jawatankuasa semua perlu lengkap letak dalam proposal. Ingat lagi masa tu lagi seminggu tarikh tutup untuk hantar proposal. Memang rushing. Negara tak jumpa lagi, nak buat projek apa pun tak tahu lagi. Dari negara Mesir, Madinah, Jerman, Turki, semua kami brainstorm. Tapi disebabkan kekangan yang mungkin boleh buat proposal kami tidak diterima, jadi kami fikir negara lain. Fikir punya fikir, finally kami pilih Jepun. Serius, Jepun bukanlah target awal kami. Tapi tak tahu macam mana Jepun boleh muncul dalam kepala otak masa tu hahaha. Then we discuss pasal tajuk projek kami. Akhirnya tercetus lah "Waste to Wealth: Solid Waste Management" sebagai tajuk projek. Bukan suka-suka tajuk ini dipilih, ini semua keputusan selepas kami membuat kajian dan kami dapati Jepun adalah satu negara maju yang sangat bersih dan mengendalikan sampah mereka untuk menjana tenaga elektrik. Nice kan. Jadi kami pilih Jepun untuk kami belajar cara mereka menguruskan sampah sehingga mampu menjadikannya sumber tenaga. Dengan harapan kami boleh bawa balik ilmu ini kepada Malaysia. 

Selepas itu, kami pun menyiapkan proposal dalam masa 3 hari. Terima kasih kepada semua ahli kumpulan EcoTeam yang bekerjasama menjayakan program ni. Kami terdiri daripada Muntaqim (Pengarah), Amirah Nasai ( Setiausaha), Hasan (Bendahari), Aiman ( Exco Hubungan Luar), Hafisz dan Irma (Exco Tajaan), Hidayah dan Zalina ( Exco Logistik), Hariitharan dan Jack (Exco Multimedia). 10 orang semuanya. Dari fakulti dan bangsa yang berbeza. Ini syarat International Office, perlu lain fakulti dan lain bangsa. Tak perlu staff UMP. 100% kita yang arrange. So lepas ni siapa yang nak join Around The World kena take note syarat-syarat ni ya. Disebabkan 100% kita arrange, then you have to struggle. Yaa, ATW adalah program yang kena struggle. Bersedia untuk segala krisis, risiko dan sebagainya. Jangan risau, struggle jelah. Mana nak dapat pergi luar negara dengan tajaan kan. So kalau korang nak, struggle lah. Bab duit jangan risau. Alhamdulillah, hasil kerja keras, kami pergi dengan tajaan. Bawa duit shopping je (kalau nak shopping lah). Berbalik pasal proposal tadi, once kami submit proposal dekat International Office then kami dipanggil untuk sesi pembentangan. Ingat lagi, masa tu ada 10 kumpulan yang hantar proposal. Kami memang tak terfikir yang proposal kami akan lulus. Ramai lagi yang hebat hebat. Lepas pembentangan semua, legaaaaaaaa. Dengan debaran tunggu keputusan siapa yang lulus, alhamdulillah masa tu 5 kumpulan terpilih. Termasuk kami ! Allah masa tu gembira tak terkata. Tapi masih ada cabaran lagi yang kami harus tempuh. International Office bagi kami tempoh 2 bulan kalau tak silap untuk cari company/universiti yang kami nak visit dekat negara yang kami nak pergi tu and cari sponsorships. 2 bulan wei, kau ingat lama ke. Masa ni paling mencabar sekali. Jepun tak pandai english, kau hantar email berjuta dalam bahasa english pun dia tak reply. Nak call apatah lagi, nak cakap Jepun pun tak reti. Nasib baik ada Alief, student malaysia yang dekat Jepun. Kawan sekolah Taqim dulu. Dia lah yang banyak gila tolong kitorang arrange segala benda. Dia yang tolong call kan company, dia yang email company. Ya Allah thank you Alief. Dia translator and tour guide kami masa dekat Jepun. Gunalah servis dia, superb. 

Then lepas dapat approval dari company company and universiti yang kami nak pergi tu, submit lah dekat International Office sebab mereka nak bukti. Lepas ada bukti ni baru mereka akan proceed untuk duit kami. Kalau tak, kirim salam lah ye. Tak dapat pergi. Kena ada bukti, baru korang confirm boleh pergi. Alhamdulillah, kami confirm pergi. Terima kasih International Office especially En Ilzam, Kak Sal and PM Ainol. Diorang ni orang kuat International Office. Banyak gila tolong kitorang. Kalau ada masalah, International Office lah tempat mengadu domba. Hahaha. Terima kasih semua sponsorships kami yang provide duit untuk kami. Terima kasih teramat sangat. Tanpa kalian, kebulur lah kami. Semua orang tahu Jepun punya taraf hidup sangat tinggi, semua benda mahal. Kalau nak pergi dengan duit sendiri tu memang tak mampu. Aku bawa duit shopping RM1000 kot, tak cukup okay. Dekat sana cocok lagi RM500. Hahaha. So total bersih aku belanja pi Jepun RM1500. Ni duit belanja sendiri je tau. Lain semua sponsor. Makan, flight, tempat tinggal, transport semua duit sponsor. Alhamdulillah. Rezeki.

Akhirnya yang confirm lulus adalah 3 kumpulan sahaja. Satu group Jepun (kami), satu group ke Korea, satu group ke Australia. Tarikh kami pergi pun bukan kami yang tetapkan, semua International Office yang tetapkan tarikh. Kami ikut procedure sahaja. Then once dah confirm pergi, korang kena uruskan banyak surat. Kena berurusan dengan Jhepa, Bendahari, Pejabat NC dan sebagainya. Ini lagi satu hal. Ya Allah, tuhan sahaja yang tahu. Penatnya nak setelkan bab ni. Tapi sebab kami nak pergi sangat Jepun ni, kami gagahkan juga. Trust me, I cried alot untuk setelkan yang ni. Mana nak study lagi, nak test lagi, sampai bergaduh gaduh dengan staff Jhepa tu. Hahaha. Yaa, Jhepa perlu di push, kalau tak sampai bila surat kau takkan siap. Trust me. Then pasal duit sponsor pulak, ni pun banyak juga masalah. Berapa kali pergi UMP Pekan untuk uruskan hal ni. Turun naik Pejabat NC. Allah hai. Tapi alhamdulillah setel juga. Dua hari sebelum pergi baru kami dapat duit sponsor. Bayangkan betapa rushingnya masa tu nak tukar duit lagi nak packing lagi. Tuhan sahaja yang tahu. Currency masa tu RM41 = 1000 Yen Japan. Betapa rendahnya duit Malaysia hua hua huaaaa. #tobecontinue

No comments:

Post a Comment