Thursday 27 April 2017

Setelah 4 Purnama





Asakusa, Tokyo (October 2016)

Alhamdulillah untuk 4 purnama. Alhamdulillah semuanya masih aman aman sahaja. Allah pelihara insyaAllah. Untuk 4 purnama ini juga, ramai yang bertanya tentang jatuh bangun ikatan pertunangan ini. Sungguh, itu semua terlalu tidak layak untuk aku kongsikan. Apalah sangat 4 purnama berbanding dengan mereka yang sudah bertunang setahun dua tahun. Setakat ini alhamdulillah semuanya baik baik sahaja. Taqim bukanlah orang yang suka bergaduh. Tidak juga dia seorang yang panas baran. Personalitinya tenang dan menyenangkan. Alhamdulillah untuk itu. Kalau bergaduh tu sekejap dan selesaikan masa itu juga. Tidak terbawa bawa. 

Ya Allah, ramainya tanya bila mahu kahwin. Apa yang boleh cakap, insyaAllah kurang dari 12 purnama lagi. Kami berusaha, siang malam berdoa. Allah sahaja yang tahu. Doakan yang baik-baik sahaja untuk kami. Terima kasih yang sentiasa ada bersama kami susah senang. Semoga Allah sahaja yang mampu membalas semuanya.

Untuk kesempatan ini juga, aku susunkan kata penghargaan untuk sahabat-sahabat yang mashaAllah memahami diri ini. Yang menutup wajahku ketika memuat naik gambar di social akaun. Tanpa aku beritahu apa apa, kalian faham Alhamdulillah. Moga lebih ramai yang faham selepas ini. Doakan aku yang baik-baik ❤