Saturday 11 February 2017

17 December 2016



Engagement Day, Hidayah ❤ Taqim



Pelamin : Butik Andaman Nor Hayati, Jasin Melaka
RM 170
Kerusi pelamin: Fakhirah bagi pinjam


Hantaran dari pihak lelaki :

Sirih junjung & Cincin merisik dan tunang
Kain pasang untuk nikah
Set mandian dan rambut
Coklat
Kek

Hantaran dari pihak perempuan:

Sirih junjung
Set penjagaan rambut
Kemeja
Kain pasang untuk nikah
Kek
Manisan
Kuih
Buah-buahan

Untuk hantaran lelaki dan perempuan, kami bajet RM1000 (tidak termasuk cincin). Alhamdulillah ada lebih. Selagi boleh bajet, bajet lah. Duit kami banyak balance sebab mostly keluarga ada sponsor sikit macam kek, coklat semua tu semua family yang banyak nak sponsor. Alhamdulillah. Kami beli yang penting penting je. Tag hantaran pun Farihah yang sponsor. Anis tolong design kan. Alhamdulillah semua guna khidmat kawan kawan je. 

Cincin merisik dan tunang kami beli awal awal. Yang tu habis RM 600 ke bawah kot. Lupa sebab dah lama beli haha. Tapi yang pasti not more than RM600. Pilih yang simple simple je untuk tunang. Nak berlian permata tunggu kahwin. Baju kurung tunang beli dekat Bella Ammara RM120, tudung Taqim belikan dekat instagram RM45 labuh dan tak jarang ya Rabbi menepati syariat alhamdulillah i like. Viel tu mintak dekat butik yang sewa pelamin tu dia bagi je pinjam huhu. 

Awalnya, pelamin tu taknak. Tapi family nak. Jadi nak buat jelah pelamin tu. Tapi dah tak sempat. Lagi 4 hari nak majlis baru kelam kabut cari pelamin hahaha. Sebab plan awal memang taknak buat majlis. Nak antara pihak keluarga jelah konon. Tapi family suruh buat, ibu ayah pun nak buat yang terbaik untuk anak perempuan dia sorang ni, jadi aku dan Taqim follow jelah. So, cari lah kanopi satu. RM320 siap set buffet, pinggan, kerusi meja. 

Selepas dikira kira selepas majlis, belanja keseluruhan untuk majlis RM3000 plus minus. Tapi tu semua ibu ayah dan sedara mara yang banyak sponsor. Alhamdulillah. Aku tak malu nak bagitahu yang mostly family yang sponsor. Sebab bukan kami tak mahu bagi duit tapi mereka yang nak sponsor. Kami tak mintak. Alhamdulillah rezeki. Dan Allah permudahkan semuanya. 


Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih keluarga kedua dua belah pihak yang banyak banyak banyak sangat membantu uruskan semuanya. Tak terbalas rasanya. Semoga Allah memberkati kalian. Kepada rakan rakan, jiran jiran yang banyak membantu. Anis, Piqah, Zura, Farih yang tolong make up kan. Walaupun aku tak suka make up dan sebenarnya taknak pun make up tapi kena paksa. Aku redha kan muka ku. Terima kasih sangat. I love you. Thank you teramat sangat kepada sahabat yang datang memeriahkan. Kawan kawan Taqim yang datang dari jauh, dari Kuala Lumpur dari Terengganu Allah hai terima kasih semua. Terharu teramat sangat. Minta maaf kalau ada terkurang, atau tak terlayan. Kami minta maaf ya. Terima kasih Fakhirah yang bagi pinjam kerusi pelamin. Boleh aku cut bajet dekat situ. Terima kasih. Semuanya rezeki. Alhamdulillah. Kalau boleh nak mention semua nama tapi ramai sangat sangat but you know who you are ❤



Kepada Taqim, thank you terima baik buruk Dayah. Alhamdulillah semua yang kita doa di setiap solat dan tahajjud Allah kabulkan. Walaupun banyak yang kita risaukan tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan dan perancangan kita. Allah dengar doa doa kita. Terima kasih jadikan Dayah orang yang lebih baik dari hari ke hari. Teruskan doa doa kita ya. Tak lama lagi nak jadi kawan forever dah ni. Hehe. 




No comments:

Post a Comment