Saturday 30 July 2016

Ask HIM For What You Want


"O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient."
[Quran 2: 153] 


Tidak dapat aku susun dengan kata-kata, gembira hati cuma Allah sahaja yang tahu. Ketika mana tangan lancar membuka website untuk melihat keputusan peperiksaan, cuma gambaran wajah ibu ayah yang berkeliaran. Ya rabbi, tidak keruan. Bilamana aku buka, tiada kata yang mampu aku ucapkan. Usahaku berbayar, dengan bantuan Illahi yang pastinya. Penat lelahku akhirnya menjadi bahagia. Air mata derita yang jatuh bersama thesis dan experiment akhirnya bertukar menjadi air mata gembira. Segala tenaga yang aku hembuskan untuk setiap projek akhirnya berbaloi. Aku mengaku semua itu tidak menang tangan. Aku hampir jatuh putus asa. Aku tertekan, aku lemah, aku menangis, semua aku. Terima kasih Ya Allah untuk setiap doa doa yang Engkau makbulkan. 

Aku bersyukur menjadi aku. Walaupun jalanku tidak semudah orang lain, aku suka. Aku suka menjadi susah untuk mencapai kejayaan. Aku suka menjadi susah untuk mendapat bahagia. Kerana dengan kesusahan itu aku lebih menghargai setiap pemberianMu. Kerana dengan susah itu aku lebih bekerja keras. Ya Allah nikmatnya rasa susah itu. Sehinggakan aku berdoa meminta kesusahan dan kesedihan sekiranya itu lebih mengeratkan kita Ya Allah. 

Tahniah buat semua yang berjaya. 2 semester lagi untuk kita berjuang. Semoga Allah permudahkan jalan juang kita. Ya, 2 semester lagi untuk degree. Pastinya selepas ini jalannya lagi sukar. Dengan subjek yang semakin berat dan susah. Moga moga kita mampu. Ramai juga yang sudah habis belajar nanti. Tahniah. Teruskan melangkah. 

Ramai yang tanya aku taknak sambung master ke. Aku senyum. Ketahuilah bahawa aku adalah seorang insan yang tidak suka memberitahu apa yang aku rancangkan. Kita berbeza. Aku lebih suka berdiam dan simpan apa yang aku fikirkan. Ramai yang bagi aku jalan itu ini untuk sambung belajar. Aku senyum lagi. Berceritalah apa pun yang kalian minat, ceritalah course apa pun yang kalian nak further, ceritalah apa pun yang kalian planning, aku tidak terkesan langsung dengan semua itu apalagi terpengaruh. Sebab aku sudah ada impian dan target aku. Selama ini pun apa yang aku perjuangkan semuanya atas keputusan aku sendiri. Tidak pernah aku ikut orang. Aku tidak merancang, tetapi aku punya target dan aku akan berusaha untuk capai target itu. Master, phd, kerja, kahwin, course apa yang aku nak further, aku nak jadi apa, semua sudah aku fix kan. Cukup sahaja itu yang kalian boleh tahu. Bagaimana, bila, dekat mana, semua tu nanti kalian akan tahu juga. 

Ada orang akan jadi sebagaimana yang mereka rancangkan, ada juga orang tidak jadi sebagaimana yang mereka rancangkan. Tetapi apa yang terjadi itu pastinya yang terbaik. 

2 comments: