Sunday 12 June 2016

Long Post



Assalamualaikum semua. Hai lamanya tak menulis. 
Dah awkward nak start macam mana *pheww*

Sebenarnya kalau boleh selalu nak update tapi bila tiba masa nak update tu macam "hmmm nanti dulu lah." hahaha. Dengan kerja banyak, dengan fyp lagi so memang meng-hupdate blog definitely bukan priority lah kan. Boleh tarik nafas lega sikit becauseeeeeee "I am done with fyp !". Ya rabbi seperti terlepas beban di bahu ku ini haha. There were lots of difficulties in order to finish my fyp. Difficulties tu satu hal, yang iman turun naik turun naik pun satu hal. Bila stress tu ya Tuhan rasa macam nak pukul diri sendiri, menangis tak berlagu iman turun naik. Penat tu jangan cerita, Allah sahaja yang tahu. Sampai kepala tak larat nak berfikir experiment apakah ini hahaha. After all, alhamdulillah I made it. 

Bila penat tu, iman pun turun naik. Dalam hati tersangatlah risau. Risau risau terlalai dek menyiapkan fyp yang dunia semata mata (but it is still my future right) so berdoalah banyak banyak supaya iman masih tinggi dan berdoalah juga supaya dipermudahkan urusan fyp ni. Berdoa juga supaya busy macam mana pun kita tidak melupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Actually, fyp ajar aku banyak benda. Bukan sahaja ilmu pengetahuan, tapi fyp ajar aku on how to manage time wisely, fyp buka minda untuk cinta banyak benda such as research, research and research. Paling penting fyp ajar aku berani dan confident. Dan yang paling paling penting, fyp bring me closer to Allah. I can't deny this. Allah ease me for so many things in so many ways. Allah knows what my heart speaks. 

Terima kasih yang tidak terhingga untuk supervisor(sv). She let me do everything by myself. Mula mula dulu macam stress kenapa lah dia tak guide, semua benda kena buat sendiri. Mula mula tajuk fyp ni sepatah apa aku tak tahu, aku pergi office dia bagitahu aku tak faham tajuk ni. Dia jawab simple, cari journals baca banyak banyak. Tak pun pergi tanya senior. Aku pun macam "okay madam"(muka redhoo). So that was how everything started. Susah, yes memang susah. Tapi sebab susah tu lah kita lebih dekat dengan Allah. Mintak jalan, mintak petunjuk. Alhamdulillah apa yang susah Allah mudahkan. Sampai satu tahap aku bersyukur sv suruh aku buat semua. Dia cuma guide sikit sikit je. Yang lain semua aku refer sendiri dengan senior kalau ada masalah. Dulu memang aku sedih kenapa sv tak macam orang lain, tak membantu langsung, but now I just have no words to thank her and i love her as my sv. I couldn't ask more. And alhamdulillah she trust me in so many things now. Aku tunjuk dia analysis experiment, dia cakap "dah okay dah ni comel, i takyah check sangat i tahu you boleh". She called me comel hahaha. And and I hope I can make her proud during my poster presentation on this 27th June (pray for me too). I wanted to make her proud as my PSM1 presentation last semester, biidznillah. 

All praises too Allah, thesis and technical paper pun dah submit. Then after submit tu terus pergi jalan dengan tidak semena-mena haha. Terus beli tiket ok pergi jalan KL tanpa rasa bersalah. Ok, this time punya travel memang banyak dugaan. Tapi aku suka. Pengalaman. Plan travel sehari tapi dah drag 3 hari. Bajet RM200 tapi dah cecah almost RM400. In positive way to think, semua ni pengalaman. Aku decide nak main redah. Ok, jom kita travel main redah. Firstly, kalau cakap nak pergi KL semua dah biasa kan. Aku pun dah biasa sebab tu aku nak main redah je bajet pun RM200 je. Beli tiket bus pahang-tbs baru RM26.20. Ok dah beli tiket pukul 1pagi so nak bajet sampai tbs dalam pukul 4pagi gitu lah kan. Then nak plan rehat sekejap lepas subuh dekat tbs lepas tu pagi pagi baru ambil train pergi jalan KL. Tapiiiiii, bus yang dikhabarkan pukul 1pagi tu lewat pulak. Lewat 1jam okay lagi, tapi yang ni lewat 4jam. Engko rasaaaa. Pukul 5pagi baru dia sampai. Mula mula tu ingatkan bus takde, tapi aku telefon kaunter tiket bus tu dia kata ada cuma bus lewat sebab hujan lebat dia tersekat dekat Temerloh. Ok, aku pun menunggu dengan sabar. Nasib baik ada orang yang naik bus sama, so ada lah geng. Foreigner pulak tu. Student ump, orang Nigeria. Aku pun berborak le dengan dia 4jam tu sampai dah kehabisan idea nak borak apa. Nasib baik dia jenis banyak cakap, takde lah aku mengantuk tunggu bus. Lucky me dia pun chemical engineering, so berborak le segala benda pasal study lah apa lah. Tapi dia student phd. Lepas dah borak macam macam dengan dia, bus pun sampai pukul 5pagi. Then sampai tbs dah pukul 9 pagi. Apa yang nak direhatkan nya.

Sampai tu terus cari tiket untuk balik ke melaka, nak beli awal awal nanti senang. Sebab orang masyaallah ramai astaghfirullah. Kesabaran diuji uji betul time ni. Kalau nak beratur dekat kaunter tu memang panjang lah kan, so aku pun decide pergi dekat mesin tiket yang kita boleh beli sendiri tu. Sebenarnya dekat situ pun ramai orang tapi tak lah ramai macam dekat kaunter tu. Aku pun beratur, hampir setengah jam jugak lah baru dapat beli. Then, ingat nak balik malam tu jugak sekali tiket takde. So aku beli lah tiket untuk esok paginya. So aku kena redha yang aku terpaksa bermalam dekat tbs tu. Lepas beli tiket tu aku pun pergi mencari satu ruang yang aku boleh bernafas dan berfikir. Fikir nak pergi mana, nak pergi area Putrajaya ke atau nak pergi area KL. Kalau pergi putrajaya ada floria, kalau pergi KL aku memang nak pergi ikea makan meatball. So tengok jam masa tu dah pukul 12tengah hari then aku pun decide pergi Putrajaya sebab ada Floria. Yelah, perempuan kan memang cepat terpengaruh dengan benda benda macam tu. haha. So dari tbs tu ambil KLIA transit ke putrajaya sentral RM8 (one way). Sampai putrajaya sentral tu naik bus tingtong dia tu nama Nadi Putra pergi ke Presint 4 bus no berapa entah aku lupa. L4 kot no bus dia. Murah je RM0.50. Jakun ok sebab ada lagi tambang semurah tu hahaha dah lah first time sampai situ. Main redah je. Tak tahu tanya orang. Thats how we travel right. 

Then sampai dekat floria tu hmmm tiket masuk RM7 kalau tak silap (dah lupa). Masuk masuk tu dengan cuaca panas, dengan orang ramai last last aku decide ambil gambar sekeping dua dan selebihnya aku habiskan masa dekat tempat makan dia tu dan makan sepuas-puasnya. Haha. For me, takde apa pun Floria ni (mungkin sebab panas dan aku malas nak berpanas). Rasa membazir pulak pergi hahaha jahatnya. Memang lah cantik tapi kalau dah berpanas macam tu apa yang berbaloinya. Baik aku makan haha. Then lepas makan makan tu aku pergi balik tunggu bus nak pergi IOI city mall. Tapi tak tahu bus no berapa nak pergi ke sana, nak tanya orang pun takde orang so aku decide pergi naik bus ke putrajaya sentral semula. So dekat sana pilih lah kau nak naik bus mana satu pergi IOI hahaha. Dari putrajaya sentral ke IOI tambang dia RM1.50. Lega sikit sampai IOI sebab ada aircond. Jalan jalan tengok barang hantaran ehhhh (gurau), lepas tu lepas solat semua pergilah makan dekat Dapur Penyet yang sedap ya rabbi lele bakar dia tu. Bagai tak ingat donia aku makan haha. Then dalam pukul 9 malam pergi tunggu bus untuk patah balik ke putrajaya sentral. Then dari putrajaya sentral aku ambil KLIA transit lagi sekali ke tbs. Selamat sampai di tbs dan bermalam lah kau di situuuu haha. Awal awal tu boleh tahan lagi sejuk dia, masuk pukul 3pagi peh tak tahan dah sejuk aircond dia. Menggigil aku tidur beralaskan backpack dan berselimutkan tshirh sehelai. Jadilah kan, alhamdulillah. Sejuk sejuk pun lena aku tidur. Wakaka.

Then esok pagi tu tak jadi nak balik melaka, sebab ibu call suruh balik perak terus jaga nenek sakit sebab semua dah ada dekat perak. Ok, bersusah payah lagi sekali membeli tiket ke perak dan tiket ke melaka tu burn sebegitu sahaja. And terpaksa cancel interview dengan YSS sebab nak balik perak jaga nenek. Thank you so much Ain Zakiah for the opportunity I love you ain ! And thank you so much Nurul Ain Azimah from UMP for your kindness and guidance untuk setelkan pasal interview YSS but then dayah terpaksa cancel. Not to forget, good luck to UMP students that are going to the interview session at Putrajaya. May all of you will be selected for the next mission, semoga niat baik kita dipermudahkan. Soaring upwards guys ! 

Ok sambung pasal travel tadi haha, time ni bajet makan, tiket apa semua memang dah lebih RM200 sebab dah kena beli tiket pergi perak lah apa lah. Moral of the story, contigency expenses sangat penting okay during travel. haha. Aku pun plan nak makan yang murah murah je like maggi and roti, tapi bila dan sampai sana astaghfirullahalazim nafsuuuu. But worth it lah. Dapat  belajar banyak benda, dugaan, pengalaman, dapat kawan baru, phewww. Alhamdulillah dapat belajar benda macam ni dalam malaysia, at least kalau travel luar nanti bila jadi macam ni dah boleh handle lebih bijak. Masa travel Bandung dulu pun tak susah macam ni. Masa dekat Bandung pun tak tidur bersepah macam ni. Yang ni lagi mencabar padahal dalam negara sendiri haha. Alhamdulillah alhamdulillah. Yang penting berani and independent. So which state will be my #travelmainredah after this? Nantikan.

Sebelum terlupa, alhamdulillah proposal Around The World untuk ke Japan lulus. Kami membawa tajuk Waste to Wealth: Integrated Municipal Solid Waste Management semoga Allah mudahkan semua urusan untuk project ni. Terima kasih team members yang bertungkus lumus. Ingat lagi masa pembentangan proposal hari tu, how nervous we are. Kena soal macam macam, dan kita pun menjawab macam macam. Lulus jugak alhamdulillah. See you soon Japan ! 

Hari ni dah 12 June, then 16 June bermulalah final exam aku yang hanya satu paper sahaja untuk semester ni. 16 June pukul 9pagi paper Heat Transfer, lepas tu merdeka. End of Year 3. Road to final year of my degree. Semoga Allah mudahkan untuk menghadap Plant Design pula. Moga moga. 


Semoga Allah mudahkan perancangan seterusnya. 

#countingmonths

No comments:

Post a Comment