Tuesday 11 August 2015

Bandung, Indonesia. You should too !



I felt awkward to write since I have not to do so almost half of the year. Its okay friends, catch me back. Biasalah baru balik bercuti so ada idea nak share something. Dengan harapan dapat jawab soalan-soalan yang ramai orang tanya on how to travel out from Malaysia. 


Honestly, kalau ikutkan dah dua kali dah travel luar dari Malaysia but this is the official trip for us. Before this pergi Thailand tapi itu unplanned punya trip. Kebetulan ada coursemate punya wedding dekat Kelantan then we decided untuk masuk Thailand sekejap sahaja untuk jalan-jalan.So, itu unofficial sikit. Haha. Untuk trip kali ini, memang official. Kami plan dah lama untuk travel tapi tak tahu nak pergi mana sebenarnya. At first, our aim is Krabi but then ada lah masalah sikit (rahsia), so tak jadi nak pergi Krabi. Kami decide pergi Bandung, Indonesia. Alhamdulillah dah selamat pergi balik dah pun. Even travel bertiga and kami semua perempuan but alhamdulillah worth enough. Alhamdulillah.

Ramai orang tanya kami pergi under package or something, but no. Kami pergi sendiri main redah. Flight ticket, hotel, transportation, foods semua kami explore and research sendiri. Walaupun ramai yang mula-mula tu macam tak percaya betul ke nak pergi bertiga je tak takut ke.But for us, belum cuba belum tahu. Bila lagi nak travel sendiri kan. Beranikan diri book flight semua. And alhamdulillah kami punya flight affordable price, RM197 for return. Kami naik Malindo Air. Sangat mudah. Sangat murah. Sangat selesa. Tak payah risau pasal luggage, pasal airport fees. Airport fees semua dah termasuk dalam harga ticket. Free luggage 15kg. So, no need to worry. Nak naik flight, check in je. Then settle. Tak perlu bayar apa apa dah. Tapi kalau luggage korang exceed 15kg itu memang kena bayar lah kan. Tapi takkan lah luggage nak exceed 15kg, engko bawak apa haa? Haha.

Alhamdulillah Allah permudahkan semua sepanjang dekat sana. Semua orang Bandung baik-baik. Jangan risau. Percaya satu je, kalau orang Indonesia datang Malaysia korang layan baik-baik. InsyaAllah bila korang pergi Indonesia, mereka pun secara automatik akan layan korang baik. So, moral of the story jangan buat jahat dengan foreigner yang datang Malaysia. Nanti takut kita pergi negara diorang, kita pula dapat balasan. Allah selalu bagi cash je kan sekarang. Bila first time sampai sana jangan terkejut dengan budaya hidup orang sana. Mereka agak susah berbanding kita. Most of them berniaga dekat tepi tepi jalan, minta sedekah, mungkin diorang akan serbu kita. Tapi tolak dengan proper if tak nak beli. Mereka okay. Jangan takut. Cool. Safety is a must. Dekat sana tak perlu lah nak handbag ke apa, high heels ke. Come on, mana ada orang travel dengan high heels. Pakai sling bag je dengan travel boots(if ada). Kalau takdak pakai lah flat shoes je. But sling bag is a must. Berjaga jaga dari perompak ke apa walaupun dekat sana orang baik-baik. Safety is safety.

Nak share sikit dari segi perbelanjaan. Since dah plan nak travel, memang kami dah beli tabung khas untuk pergi travel. Beli lah banyak banyak pun takpe. Tulis lah dekat tabung tu,satu untuk pergi Bandung, pergi Krabi, pergi Istanbul pergi mana-mana yang korang nak pergi lah. Make sure beli tabung yang tak ada mulut okay. Kalau ada mulut takut korang buka bila tak ada duit. Haha. So, everyday simpanlah at least RM5. Kami menabung hampir 5-6 bulan. A week before travel, pecahkan. Alhamdulillah mampu untuk menampung. Kami gunakan duit tabung itu sahaja untuk enjoy sepanjang di Bandung. Itu lah duit makan, duit supir, duit masuk Trans Studio dan sebagainya. 

Sehari sebelum pergi, tukarlah duit. Kami tukar masa tu around RM600, so dapat dalam 2juta rupiah. Lagi awal tukar duit lagi bagus. 2juta rupiah tu macam macam boleh dapat. Kami sempat shopping lagi. Alhamdulillah cukup. Since Indonesia pun negara yang barang dia murah-murah kan.Jadi memang cukup. Jangan risau. Jadi memang starting dari flight,semuanya duit sendiri. Luckily kami pergi hari biasa, Isnin sampai Jumaat. So harga nak masuk mana-mana memang murah. Kalau weekend, harga lain. 

Banyak sangat tempat boleh pergi dekat Bandung ni. Kami came out dengan itinerary sendiri. Before fly, siapkan budget list and itinerary. Itinerary tu penting okay.Sebab kita pergi without family kan, so make sure budget kita cukup. Study dulu harga if nak masuk mana-mana tempat macam Kawah Putih, Kebun Teh, Floating Market, Trans Studio dan sebagainya. Dah study harga semua, catatkan. Make sure ada travel book atau buku nota apa apa lah. Bring along sepanjang travel. Jangan lupa download currency converter if perlu. Kami download sebab kami memang tak pernah pergi Indonesia dan tak mahir dengan currency. Passport tu make sure available for travel. Kalau dah due, pergi lah renew ke apa. Before travel, selalu lah check status perjalanan masing-masing takut kena blacklist ke apa kan. Kami selalu check sebab biasalah student, terikat dengan ptptn lah bagai. Risau jugak kan. Hahaha jujur okay. 

Then bila semua clear, so apa lagi. Ready lah untuk fly. Dalam flight jangan menjerit,jangan takut okay. Hahaha. Buat cool je. Positive minded. Pilot and the crew of course akan beri yang terbaik. Jadi, jangan risau. Doa sahaja yang baik-baik. Kalau takut sangat, tutup mata tidur. Tengok movie ke. Setiap passenger ada screen masing masing so play lah movie ke apa. 

Alhamdulillah selamat pergi balik. Banyak sangat tempat kami pergi. Trans Studio antara tempat yang best. 170,000 rupiah per entry. Lebih kurang RM44. Itu dah include semua. Korang main jelah apa korang nak main. Ada solero shots ada giant swing ada roller coaster ada rumah hantu ada wall climbing ada aquaria eh macam-macam lah. Ada sliding boat yang naik dekat tempat tinggi pastu gelongsor masuk dalam air haha tak tahu lah aku nak explain macam mana. Memang seronok. Lebih kurang macam Genting Highlands. Aku share gambar okay. 


View dari atas. Masa ni naik sky pirates so boleh nampak satu Trans Studio.


Okay tamat pasal Trans Studio, kami pergi Kawah Putih. Ya Rabbi, sangat cantik dan sangat sejuk. Sangat okay. Sangat. Aku siap pakai glove, sweater berdouble double. Dah macam snow. Kalau pergi Kawah Putih jangan pergi lama sangat sebab belerang dia kuat sangat. Takut effect kesihatan ke apa. Macam batuk-batuk,selsema dan sebagainya. Just in case. Harga masuk dia 150,000 rupiah if i'm not mistaken. 



Then, kami pergi Kebun Teh. Sangat cantik. Subhanallah. Ada danau. Ada sampan boleh naik. Sangat sejuk. Murah nak masuk sebab kami kautim dengan pak supir yang bawa kami tu. Haha. Jadi dapat harga murah. Alhamdulillah. Kalau sesiapa ada plan nak pergi Bandung dan mahu supir yang baik dan murah, boleh lah mintak nombor personally dekat kami okay. Memang service alhamdulillah the best, insyaAllah. 


Dalam kebun teh tu, tengah tengah dia ada danau ni. Memang speechless sebab sangat cantik. Naik sampan ni 3,000 rupiah sahaja. Sangat murah. Tak sampai RM1 pun aku rasa. 


Kebun Teh, Situ Patenggan Bandung Indonesia. Sorry sebab takdak soul sangat ambil gambar. Haha. 

Banyak lagi tempat pak supir tu bawa kami.Jalan Dago,Braga,Asia Afrika lah. Kami sempat pergi Institute Technical Bandung. Masjid Raya Bandung antara one of my favourite place.Subhanallah cantik sangat dan ramai orang. Waktu petang lagi ramai orang beriadah dengan family sebab masjid ni sebelah dia padang. Seronok tengok family ramai ramai dekat situ. Teringat family dekat Malaysia. Hahaha.

Dari segi foods pulak jangan risau. Semua makanan sedap sangat Ya Rabbi. Sampai sekarang rindu lagi makanan dekat sana. Korang kalau pergi boleh lah cuba iga bakar, Richeese Factory, nasi padang, nasi liwet, semua lah. Richeese Factory tu macam kfc tapi dia lagi sedap. Tak tipu. Kfc jatuh no 2 beb. Haha. Richeese Factory ni food dia biasa je. Nasi putih, ayam dengan cheezy cheese. Tapi ya rabbi sedap. And diorang ada level spicy, korang pilih lah nak yang tak pedas ke nak yang pedas berasap ke semua ada. Sampai level 5 kalau tak silap. Jangan makan sebarangan kedai sebab risau tak bersih tak halal ke apa. Kena selective sometimes. Dekat Bandung pun ada cafe house jugak. Sangat banyak. Ada Hummingbirds, tu antara yang famous. Ramai orang Malaysia pergi. Service pun okay. Cafe dia cantik. Exclusive. Price pun affordable. Banyak lagi ada, pilih je. 


Kalau nak cerita semua mungkin tak habis rasanya. But whatever I share, I hope it helps enough. Mudah-mudahan. Kalau ada yang tertinggal atau tak menjawab soalan,feel free to ask me again. Maaf  kadang kadang terlupa. Jangan malu-malu untuk tanya okay. Maaf juga tak mampu nak share gambar banyak banyak sebab berat nak upload masuk blog. Or mungkin wifi aku yang lambat i dont know but sorry for that. 


Travel makes one modest. You see what a tiny place you occupy in the world.

No comments:

Post a Comment