Wednesday 29 May 2013

Rabbuna Yusahhil.


Sebelum bercerita dekat manusia,cerita dekat Allah dulu.
Dahulukan Allah dalam segala urusan.


Husnuzon.Nak sebut memang mudah.Namun perlaksanaannya payah.Sememangnya nak jadi baik perjalanannya perit.Penghujungnya manis,insyaAllah.Hati,mohon sabar.Allah suka orang yang sabar.Dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.Pujuk hati.Ingat pesan nabi.

Cakap dengan diri sendiri,setiap apa yang Allah datangkan itu adalah bahagian kita.Allah duga sebab Allah tahu kita mampu.Itu janji Allah.Allah dah cakap.Jadi,husnuzon.Boleh Daya? Boleh semua? Okay,boleh insyaAllah.Semoga Allah beri kita semua kekuatan untuk itu.


Piramid.Antara tujuh keajaiban di dunia.Berdirinya di Mesir.Pinta aku,semoga Allah jemput aku ke sana.Ke bumi anbiya' yang barakah itu.Atas dasar apa? Untuk mendalami ilmu dan bahasaNya.Biiznillah.Tajdid niat.

"InsyaAllah,kita usaha dulu ye kak.Kalau Allah jemput,akak akan pergi jugak"
"Baik ayah." (itu je mampu jawab)
"Jangan sedih kak.Ada masa lagi."
"Okay." 

Nak pergi Mesir? Allahu,siapa yang tidak mahu ke sana.Ke bumi barakah yang menjadi paksi rentetan sejarah Islam dari zaman nabi-nabi.Sebagai pesanan,sebelum ke sana hati kena bersih.Niat kena baik.Sebab apa? Mari aku kongsi.

Betullah orang cakap Mesir ini Mim=Musibah, Sad=Sabar, Ra'=Redha. Nak pergi sana niat kena betul. Risau andai niat tersasar dari landasan,musibah pula datang menjengah.Sebagai contoh,sepanjang berada di sana terasa semua urusan payah. Tambang bas yang murah menjadi mahal.Ditipu oleh pemandu bas itu sendiri.Dirompak.Diugut dan sebagainya.

Andai berpeluang,aku harap pengembaraan kita sentiasa dipayungi kasih sayang Allah.Sama-sama kita mentadabbur kalam Allah.Semoga kesemua musafir baik muslimin juga muslimat,selamat pergi dan balik.Berharap apa yang dipelajari  dapat dimanfaatkan untuk ummah.Untuk Islam khususnya.Rabbuna yusahhil.Allahumma aamiin.


Firman Allah:
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.
[Surah Al Baqarah:45]

Syukran ala kulli hal,Ya Allah.Berikan aku sedikit ruang meskipun sempit untuk aku mengingatiMu.Lancarkan lidahku untuk sentiasa ungkapkan kata syukur kepadaMu.Meskipun aku tidak sempurna dari sudut pandangan mata manusia,cukup andai aku sempurna pada pandanganMu.Cukup.Malah lebih dari cukup.Kullana Ya Rabb,wa antum thoyyib.Biiznillah.Aamiin.

Allah dah buka jalan.Jalan ini jalan Allah.Mana mungkin dia persulitkan.Cuma kena usaha.Aku yakin.Berpeluang atau tidak,itu kerja Allah.Sekarang,usaha.Dai'e mana boleh lemah.




No comments:

Post a Comment