Thursday 28 January 2016

Taburan Nidal



"Kalau matlamat kita besar, kita akan rasa apa sahaja yang datang pada kita ni kecik sahaja, walau payah."

Aku tidak pasti apa tujuan utama aku menulis kali ini. Cerita yang begitu banyak, aku mahu rangkumkan dalam satu post pun tidak cukup. Takpe, selagi jari bergerak itu lah yang terhasil. Bacalah dalam keadaan tenang, santai dan berminat. Macam mana life korang? Okay ke? Moga moga maju berjaya mirip apa yang korang rencanakan. 

Nak share pasal apa ye? Pasal bisnes? Banyak juga yang tanya. Banyak juga yang condemn. Boleh lah kot rasanya entry kali ni nak sentuh sikit pasal bisnes. Tapi aku tak mahir sangat. Kalau silap, betulkan. But first sekali, aku nak berterima kasih sangat dengan orang orang yang support in everything yang aku buat. Tak kira lah bisnes ke apa, terima kasih yang teramat sangat. Moga Allah mudahkan urusan kalian semua dunia akhirat. Terima kasih jadi tulang belakang yang paling ampuh. Aku hargai. 

Alhamdulillah, terima kasih atas rezeki rezeki yang tak pernah putus. Kawan kawan yang selalu duduk lepak sesama bincang bisnes masing masing. Terima kasih. Moga Allah murahkan rezeki kita masing masing. Terima kasih juga orang yang membeli dari Labliciousfood dan Doubleee.co_. Semoga Allah permudahkan urusan kalian kerana memudahkan aku dalam mencari rezeki. 

Okay, orang ada tanya macam mana aku terfikir nak start bisnes. Kita start dari Labliciousfood okay. Yang ni memang asalnya aku minat minat baking, buat cookies untuk family bila boring boring. Kalau raya buat kuih raya. Itu je pada asalnya. But then, busu aku pulak berhenti kerja. Dalam tahun 2013 sebenarnya kitorang planning. Dia duduk rumah je takde buat apa, dia belajar lah buat kek. Pergi kelas buat kek, pergi kelas itu kelas ini. Kami start dari zero. Seriously. Kitorang baking baking then bagi family makan. Dapat feedback yang baik dari family, so lama lama kitorang duduk satu table bincang untuk bisnes. First kitorang plan nak bisnes berdua je. 

Tapi kitorang fikir why not kita bangunkan bisnes family. Family bisnes is happening kot. Then after kami discuss, Labliciousfood ni kami khaskan untuk food service sahaja. Anything yang berkenaan dengan makanan, kami keluarkan dari Labliciousfood. Ingin aku tekankan dekat sini, bisnes ini tidaklah untuk meniru bisnes orang lain memandangkan ada yang cakap aku tiru dia lah, tiru dia lah. Come on, kita takkan pernah tahu apa yang orang plan dalam hidup. Macam aku, aku plan ni dah lama. Cuma takde support system je nak develop bisnes ni. Dengan study lagi, time diploma dulu. Aku simpan planning ni sorang sorang. Last year baru betul betul kami bangunkan bisnes ni. Sebab ada busu aku sebagai support system. Ada adik beradik. Diorang partner. Kalau aku study, at least dia ada untuk fulfill order dari customer. So, kami bangunkan Labliciousfood ni. Susah senang, jerit perih bangunkan Labliciousfood ni Allah je tahu. 

Mula mula nak bangunkan memang susah. Tanyalah sesiapa pun yang bisnes. Kitorang start dari planning, design sticker, register SSM, deal dengan macam macam orang. Pergi sana sini tengok market. Cari tempat untuk promote product. Jadi vendor dekat macam macam butik, kafe dan sebagainya. Sometimes owner kafe or butik nak macam macam syarat, so kami cuba ikut syarat syarat diorang.  Kalau ada car boot sale, join je. Semua dah rasa. Penat tu memang, kena sabar. Sabar jual brand kita, sabar cari customer, sabar tahan malu jual product kita. Sabar. Tapi alhamdulillah rezeki Allah sentiasa ada. Kadang kadang bila rasa sempit sangat takde duit, tiba tiba ada customer. Ya Allah, bersyukur lah. Sentiasa yakin dengan rezeki Allah. Allah mudahkan. 

Alhamdulillah sekarang semakin banyak order. Tapi aku boleh take over masa cuti semester sahaja. Kalau tak cuti, semua busu handle. Order, update di instagram semua busu yang buat. Alhamdulillah. Bila orang order, dapatlah aku komisyen sikit dari busu. Hahaha. Sebab dia tahu aku tak boleh handle, so dia bagi komisyen jelah okay. Kalau aku cuti, kami handle sama sama. Pergi talk pasal bisnes sama sama. So, macam tu lah. 

Untuk Doubleee.co_ ni, masih baru. Ini pun aku buat untuk jana rezeki sambil study. Sebab bila study, aku tak boleh fokus untuk Labliciousfood sebab jauh dan rumah sewa takde barang barang yang cukup untuk aku baking. Memandangkan dari dulu lagi memang aku start bisnes awal sekali bermula dengan jual tudung. Tudung buat sendiri, so bila tak cuti bisnes tergendala sebab takde masa. Memang bisnes dulu dulu tu lebur macam tu je. So sekarang aku buat dropship jelah untuk Doubleee.co_ ni dengan berbekalkan keyakinan rezeki dari Allah. Sebab aku just promote barang orang je, kalau ada rezeki aku, so adalah. Setakat ni okay alhamdulillah. Masih baru lagi, biasalah baru baru memang perit kan. Tapi its okay, jangan putus asa okay. Rezeki Allah kita tak tahu. 

InsyaAllah future planning untuk bisnes tu sentiasa ada. Cuma aku lebih suka simpan dulu, benda tak pasti kan. Macam Labliciousfood jugak, dulu pendam je planning nak jual kek, selagi tak pasti selagi tu diam je. Tiba tiba sekarang dah ada dah Labliciousfood, alhamdulillah. Finally. Tapi doakan Labliciousfood murah rezeki, insyaAllah future planning untuk Labliciousfood akan jadi realiti tak lama lagi kalau Allah izinkan. Doakan doakan.

And, tips untuk bisnes ni selain sabar, korang kena tahan orang bash korang. Lagi lagi kawan. Masa ni lah korang kenal mana kawan mana lawan. Masa berbisnes ni jugak lah korang akan tahu kawan mana yang support kawan mana yang tak support. Ready lah nak kena hentam, nak kena block dan sebagainya. Tapi jangan putus asa okay. Kalau boleh orang orang negatif macam tu korang pedulikan je. Lagi dia hentam, lagi korang senyum je biar dia sakit hati. Okay? Masa bisnes ni lah korang akan sedar betapa susahnya nak cari duit. Masa ni lah korang akan lebih hargai parents korang sebab susah payah cari duit dari korang kecik. Masa bisnes ni jugak korang belajar banyak benda iaitu rezeki dari Allah. Kalau korang pandang semua susah payah tu dari sudut positif, insyaAllah dengan berbisnes ni dapat mendekatkan korang dengan Allah. Akan membuatkan korang sentiasa nak mengadu dekat Allah, nak menangis nangis berdoa. Percayalah. Semua tu akan buat korang jadi kuat. 

Good luck sesiapa yang nak berbisnes. Semoga Allah permudahkan, semoga Allah redha dan semoga murah rezeki. Sabar, tebal muka, tahan malu, usaha, doa, yakin, tawakal. Istighfar banyak, selawat banyak, doa banyak, dhuha, insyaAllah murah rezeki.  Biiznillah. 

Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. [Al Hajj 22;34]

1 comment: