Sunday 20 December 2015

HOPES






Perkahwinan adalah menyingkap tabir rahsia orang yang kamu nikahi. 
Perkahwinan juga ibarat pelayaran yang mulanya tenang.
Mungkin di tengahnya bergelora.
Yang bijak mengendalinya akan damai di akhirnya. 
Hanya yang hebat sahaja mampu membawanya ke fasa impian.
Perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama. 
Si isteri mungkin bukan sempurna, tetapi tetap bercita cita menjadi solehah.
Si suami juga sekadar lelaki akhir zaman yang bercita cita menjadi soleh. 

Semoga tatkala masa kita tiba, impian kita hebat. Untuk membangunkan keturunan soleh. Ketahuilah bahawa aku tidak setaqwa permaisuri permaisuri nabi. Tetapi aku sentiasa taburkan doa agar nanti aku dikurnia suami yang matlamatnya semua untuk Allah. Masanya aku ketemu engkau, masanya itu imanku memangkin. Aku berterima kasih pada Allah untuk itu. Moga engkau sentiasa Allah jaga. Di mana pun engkau, semoga urusan dipermudah. 

Agar juga perihal engkau ingin menghalalkan aku nanti dipermudah Allah. Aku kaitkan untaian doa untuk engkau dimurahkan rezeki. Semoga nanti detik engkau lafazkan akad, aku menjadi wanita yang paling membahagiakan engkau. Aku tidak mahu apa apa, harapan aku cuma mahu menjadi sayap kepada engkau. Menjadi pemangkin kepada ketaqwaan engkau. Serta menjadi madrasah setia untuk anak anak engkau dan aku. Aku serahkan tugas kepada engkau untuk membawa kami ke syurga. Aku tahu untuk ke syurga itu mustahil, tetapi kekalkan matlamat itu dalam hati hati kita. 



Semoga setiap penantian serta kesabaran kita tika ini Allah kalungkan dengan sebesar kebahagiaan. Bersamalah perjuangkan doa dan harapan kita tanpa putus asa. Teruslah berbesar hati menjadi pemangkin imanku. Setialah menjadi yang terbaik untuk keluarga dan semuanya. Ketahuilah bahawa aku mahu jadi yang paling mendorong engkau. Waktu susah dan senang. Terima kasih untuk kesungguhan yang tidak putus.

Jacob Black 


2 comments: