Friday 2 January 2015

Kadang, sabar itu hilang.







Apa khabar semua? Setelah terlalu lama diam. Banyak cerita yang aku cuma kunci dalam hati. Limitasi masa barangkali faktor yang paling kukuh, sebab tu aku jarang jarang di sini. Tapi takpe. I'm back ! Ngeh. Rindu. Semoga semua baik-baik sahaja. Hendaknya. 

Ramai rasanya yang sedang bertungkus lumus memerah keringat, iyelah sekarang kan musim final exam. Bittaufiq wannajah kalian semua. Semoga peroleh keputusan yang terbaik. Biiznillah. Dah usaha, serahkan semua pada Allah. Hati tenang, dada lapang. Percayalah. Apa sahaja hasilnya nanti, insyaAllah kita watlek watpis je masa tengok result nanti. Yang jatuh sebenarnya starting point untuk kita pulun lebih sikit semester hadapan. Yang maintain alhamdulillah. Keep it up ! 


Sentuh sikit soal hati. Soal cinta. Soal suka. Kalau kau rasa aku yang bersalah, silakan. Tapi mana mungkin aku mahu tukar rasa sahabat menjadi cinta. Selesanya aku bersahabat dengan kau cuma Allah tahu. Sayangnya aku pada kau sebagai sahabat cuma Allah tahu. Aku tak nafikan ada baik buruknya kita. Cukup lah tu. Kita bukan baru kenal sehari dua. Tanya terus pada aku kalau dengar cerita yang tak elok. Jangan terus herdik aku. Aku sayang persahabatan kita. Baik kau pada aku, semua aku tak lupa. Terima kasih. Moga kau jumpa jodoh solehah, seperti mahunya kau. Jangan berpatah pada masa lalu. Jangan diingat pada orang yang kau pernah sayang dulu. Cari yang lebih baik. Macam yang aku selalu pesan , you deserve better :) 


Hati, bertahan dengan hentaman. Mungkin diam aku menyakitkan. Tapi percayalah, lidah ini lebih bisa bila bersuara. Jadi, sebab itu aku lebih memilih diam. 

No comments:

Post a Comment