Thursday 3 January 2013

Ainul Fariha Bt Md. Rashid


Assalamualaikum.

Untuk kali ini pula aku persembahkan keseluruhan tinta ini buat sahabat yang dikasihi,yang disayangi lagi dirindui Ainul Fariha Bt. Md Rashid.Selamat Ulangtahun Kelahiran Nul.Officially 20.Alhamdulillah.


Dari jauh aku kirimkan doa buat kau semoga kau berada dalam keadaan baik dan diredhai Allah.Sentiasa berada dibawah naunganNya.InsyaAllah.Satu sahaja kek yang aku sempat buat untuk kau Nul.Hihi.Jadi la tu kan? Maaf Ainul aku tak berkesempatan tunaikan kemahuan kau.Aku dah cari merata tapi tak jumpa.Maka ini sahaja yang aku mampu.

Semoga dengan peningkatan umur seiring dengan peningkatan iman.Semoga menjadi wanita solehah seperti apa yang diimpikan ibu serta abah.Semoga juga kau menjadi seorang muslimat yang berjiwa besar untuk berjuang pada jalan Allah.Mudah-mudahan.

Suka untuk aku paparkan di sini bahawa hati ini terlalu menyayangi serta merindui kau.Walaupun jasad memisah tetapi dengan ikatan ukhuwah yang terbina bertunjangkan cinta kepada Allah,aku rasakan hati kita sentiasa dekat.Aku merasakan persahabatan ini sangat manis.Saling rindu merindui.Alhamdulillah.


Manis.Sangat manis kawan aku ni.Hihi.Sungguh aku rindu.Hati ini ingin sahaja pulang untuk bertemu dan memeluk.Tetapi dalam keadaan masa yang tidak mengizinkan,maafkan aku tidak bersama pada hari istimewa ini.Percayalah,andai masa ini bisa aku hentikan sementara ingin sahaja aku lari mendapatkan kau.Namun semua itu di luar kemampuan aku.Mohon kau mengerti.

Doakan aku di sini berjuang dalam medan peperiksaan ini.Doakan juga agar semuanya berjalan dengan baik.Doakan aku Ainul.Terima kasih untuk tali persahabatan ini.Terima kasih kerana berada di sisi aku saat susah mahupun senang.Terima kasih kerana sentiasa memberi kata-kata semangat di saat hati dan diri ini luluh.Diharap kau itu bahagia sentiasa dan setiap apa pun.

Aku mendoakan semoga kau itu menjadi wanita solehah.Semoga menjadi puteri kebanggan ibu serta abah.Semoga menjadi  adik yang sentiasa dimimpikan oleh along nun jauh di bumi Yaman itu.Semoga menjadi adik yang sama-sama mencipta langkah untuk mencapai redha Ilahi seiring dengan akak.Semoga juga menjadi kak uda yang menjadi contoh buat adik yang comel-comel belaka.Biiznillah.I love you Ainul. 




No comments:

Post a Comment