Sunday 26 January 2014

All Praises To Allah



Assalamualaikum.


Sihat semua? Bersedia untuk dengar sedikit perkongsian? Alhamdulillah seperti yang aku katakan,aku akan berkongsi serba sedikit ilmu yang aku dapat di blog ini. Aku bukan dari kalangan yang hebat,aku cuma berkongsi apa yang aku dapat.Jangan audit aku sempurna.Allah,tidak tidak.Aku marhaen.Hamba Allah.


Satu-satu aku kongsi ya. Beberapa minggu yang lalu sempat aku duduk dalam majlis ilmu Ustaz Dr. Zaharuddin di Melaka. Bertimbun juga ilmu beliau curahkan. Topik utamanya 'Jalan Ke Syurga'.
Apa jalannya? Syukur,4 jalan berjaya dikupas oleh beliau.

1. Memperkemaskan solat.

Kenapa solat? Kerana solat itu adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah.Aula' nya solat ini kerana ia adalah satu-satunya amalan yang Allah fardhukan secara direct kepada Nabi Muhammad S.A.W. Tidak melalui Jibrail. Allahurobbi. Istimewanya solat. Maka dengan itu kita perlu memperkemaskan solat kita dari segala aspek baik pergerakan mahupun bacaan.Al fatihah kena dibaca dengan betul.Jika salah,tidak sah solat. Selepas 'waladdholin' tu berhenti tarik nafas dulu.Baru sebut 'Amiin'. Kalau sambung,salah.Kerana 'Amiin' tidak termasuk dalam Surah Al fatihah.


Satu ilmu yang aku kira baru bagi aku,dan bagi sesiapa yang tidak tahu juga.Semasa tahiyat,kita angkat jari telunjuk ketika bila? Adakah masa 'Asyhadu' ? Di sini aku perbetulkan. Masa yang sebetulnya untuk angkat jari telunjuk mengikut Mazhab Syafi'e adalah ketika menyebut 'IllaAllah'. Dan waktu yang mustajab untuk berdoa ketika dalam solat adalah semasa sujud dan selepas tahiyat akhir sebelum salam.

2. Keluarga kita.

Ya,keluarga juga adalah jalan untuk kita merentas syurga.Bayangkan duhai lelaki,punya isteri yang tidak menutup aurat.Bagaimana mahu ke syurga?  Tidak perlu dayus. Bertegaslah dalam mendidik isteri serta cahaya mata anda. Lelaki ini tinggi kedudukannya sehingga diangkat Allah menjadi ketua. Allah hadiahkan kepada lelaki tenaga yang lebih sedikit berbanding wanita. Seorang lelaki yang sabar dalam mendidik keluarganya,kunci syurga begitu dekat dengannya.MasyaAllah. 

Untuk wanita juga, jagalah batang tubuh serta akhlak kalian. Iman si suami boleh dilihat pada pakaian serta akhlak si isteri. Beringatlah mawar, kunci syurga kalian adalah suami. Layanan seorang isteri terhadap suaminya adalah jihad yang paling hebat. Tidak mahu dilihat persis Khadijah kah? Semua mahu kan. Jadi kita tarbiyah diri kita sama-sama ya.

3. Sedekah.

Tahukah anda semua bahawa sedekah sunat yang paling tinggi ialah sedekah jariah(wakaf). Sedekah itu boleh memadamkan kemurkaan Allah tetapi dengan syarat,sedekah secara senyap.Tidak perlu dihebahkan sedekah kalian. Kecuali jika kalian yakin yang riak tidak timbul sekiranya dihebahkan. Jika dihebahkan untuk tujuan mengajak,dibolehkan. Sebaik-baik sedekah adalah ketika mana kalian tidak punya apa,tetapi masih memberi. Tabarakallah. Semoga Allah limpahkan rahmat serta rezeki yang berlipat kali ganda. Sedekah menjadikan umur kita panjang. Panjang umur maksudnya kita boleh hidup lama ke? Tidak,panjang umur maknanya bila kita bersedekah kebaikan sedekah itu kita rasa walaupun sudah meninggal dunia.

4. Menjauhi dosa-dosa besar.

Ustaz Dr. Zaharuddin tekankan isu riba' untuk point ini.Ya,riba' antara amalan yang membawa kepada dosa besar.Dosa riba' itu andai kalian mahu tahu sama besarnya dengan dosa orang yang menentang Allah dan Rasul.Allahu. Tak dapat aku bayangkan. Sungguh dahsyat. Riba' RM 20 sama dosanya dengan kamu berzina dengan ibu/ayah kamu. Allah Allah Allah. Meremang bulu roma ketika Ustaz Zaharuddin membicarakan tentang ini.



All praises to Allah. Itu serba sedikit aku mampu kongsikan. Semoga bermanfaat. Andai salah tinta aku, boleh disuarakan terus kepada aku. Kerana diri ini juga masih belajar. Kadang kala tulisan tidak mengena. Asifni jiddan. 

Syukur juga ke hadrat Ilahi untuk peluang baru ini. Diterima belajar untuk ke peringkat ijazah,satu hadiah besar dari Allah. Semoga anugerah ini membuka peluang yang lebih indah. Aku tahu kerja Allah mesti tip top. Maka aku harap, peluang ini memberi pulangan yang mumtaz. Biiznillah. Doakan aku ya semua. Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus dari semua. Semestinya aku dedikasikan hadiah ini buat ibu ayah. Syukran kathir ibu ayah atas doanya. InsyaAllah akak akan lakukan yang terbaik. Mohon restu doa kalian.


Ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia,kita jumpa nanti 14 February 2014.

No comments:

Post a Comment